Hafreez Adam Mengaku Rapat Dengan Izreen Azminda



Di sebalik spekulasi yang timbul mengaitkan wujud cinta lokasi drama Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production antara Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad, nama Hafreez Adam yang pernah dikaitkan dengan pelakon wanita itu masih berbekas.

Kebelakangan ini dilihat di beberapa acara hiburan termasuk majlis kahwin, Hafreez datang ditemani Izreen. Tapi pintasnya seakan mahu mengalih perhatian, hubungan itu tidak lebih daripada sekadar teman seperjuangan dalam seni.

"Saya memang tak akan jawab soalan peribadi. Tetapi dengan Izreen kami kawanlah. Mula kenal kerana kelab peminat masing-masing. Kebetulan ada dalam kalangan peminat memang meminati sesama kami sehingga menganjurkan acara bersama.

"Tak sangka pula selepas acara itu, kami ditawarkan berlakon bersama dalam telefilem 5 Kali Cinta. Saya rapat dengan dia dan menyenangi sikapnya.

"Dia pelakon senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan nasihat," katany seperti yang dilapokan Berita Harian online.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »