Sharnaaz Ahmad Pernah Tersilap Ambil Produk Demi Susuk Tubuh Sasa



Sharnaaz Ahmad memang dikenali dengan lakonannya sebagai hero malaya sebelum ini khirnya berjaya membuktikan dirinya seorang pelakon yang serba boleh menerusi drama tayangan Astro, Suamiku Encik Sotong. Karakter lembut yang dibawanya benar-benar berjaya menambat hati penonton.

Kalau dilihat susuk tubuhnya yang kelihatan seperti abang sado, Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya pernah tersilap dalam mengambil produk untuk merangsang otot. Kesilapan ini dilakukannya kerana terlampau obses ingin memiliki tubuh yang sasa menawan dalama masa yang singkat.



Menurutnya juga, setiap bahan sampingan yang diambilnya kini mendapat kelulusan doktor. Kesihatan Sharnaaz agak terjejas akibat tersalah pengambilan produk perangsang otot membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati.

“Saya obses dengan aktiviti bina badan sejak lapan tahun lalu. Saya jadi serik selepas kesihatan saya terjejas sebelum ini, saya ambil iktibar dan berhati-hati dengan bahan sampingan yang diambil.

“Mujur saya sempat bertindak dan belajar lebih mendalam mengenai bahan dan rutin senaman yang betul dan selamat,” ujarnya.

Sumber : GosipMalaysia

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »