Mengaku ‘tidur’ dengan ramai artis



Berani mati artis wanita ini beritahu pada seseorang yang dia pernah mengadakan hubungan intim dengan beberapa artis popular tanah air.
Kalau SS senaraikan nama artis yang pernah sekatil dengan artis terbabit, pasti akan ada yang terkejut gila kerana ada di antara mereka kekasih orang.
Artis yang dimaksudkan ini pula sebenarnya memiliki wajah polos dan ‘lurus’. Mesti ada yang tak sangka dengan wajah sejernih itu, dia sanggup menjual harga dirinya.
Tetapi itulah dunia hari ini, nafsu nafsi mengatasi akal yang waras. Sudahlah begitu, dia sanggup membuka pekung sendiri. Entah apalah tujuan dia berbuat begitu.
SS tak mahulah memberi sebarang pandangan, cuma SS harap artis itu janganlah buat ‘jualan murah’.
Dalam perkembangan lain, artis itu khabarnya sedang memburu cinta baru tetapi tidak mendapat balasan.
Soal hati dan perasaan mana boleh dipaksa, segala rasa kasih dan sayang perlu terbit dari hati yang paling dalam.
Jika cinta terus dipaksa, pasti hubungan itu tidak akan berkekalan. Kadang-kadang bukan kecantikan yang dicari lelaki kerana lambat laun ia akan pudar, namun pekerti yang baik juga dicari orang.
Artis itu pun muda lagi dan masih ada banyak masa untuk mencari cinta sejati tetapi jangan jadikan tubuh badan sebagai taruhan.

Sumber : MyMetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »