Semalam kecoh tentang video yang tersebar luas di media sosial yang menunjukkan seorang biker didakwa telah meludah seorang pekerja stesen minyak Petronas hanya kerana diminta untuk mengalihkan motor beliau.
Setelah video itu tersebar, biker tersebut mendapat kecaman hebat di media sosial sehingga maklumat dan gambar peribadinya turut didedahkan orang ramai.
Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh biker yang dikenali sebagai Shahrul Anuar Khalil menerusi laman sosial Facebook miliknya mengenai kejadian itu.
Ramai yang menganggap tindakan tersebut adalah tidak wajar dan ia telah mencalarkan imej biker yang lain. Namun demikian, ada yang memaklumkan bahawa lelaki tersebut tidak waras dan memiliki kad pesakit mental.
Sumber : OhMedia
Post by Makan X Habis.