Jenazah Harun Salim Bachik tiba di kediamannya



KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon yang juga pelawak terkenal, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55 tiba di kediamannya Taman Pandan Perdana jam 1.15 pagi.

Jenazah dibawa dari Hospital Parit Buntar, Perak jam 9.40 malam tadi menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam.

Lebih kurang 200 penggiat seni, rakan artis dan saudara mara menunggu dikediaman seniman itu dalam suasana sedih dan hiba sejak 9 malam tadi.


Antara rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Datuk Yusof Haslam, Yusof Kelana, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Hans Isaac, Nasier Wahab, Johan, Azhan Rani dan Azza Elite.

Selain pelawak Abam, Achey, Afad, Ajak Shiro, Amir dan ramai lagi.

Jenazah akan diuruskan dan disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1, jam 8 pagi ini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves Selangor pada jam 10 pagi ini.

Arwah mula dikenali dalam dunia lakonan selepas membintangi drama bersiri Rumah Kedai yang disiarkan TV3 sekitar 80-an bergandingan bersama pelakon Sudiro Sukiman.

Antara filem lakonannya seperti Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2.

Selain itu SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.

Sumber : BHOnline

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »