Setelah berakhirnya episod percintaan bersama bekas kekasih, Kamal Adli, kini ada dakwaan yang mengatakan bahawa Intan Ladyana kini sudah berubah dan juga sombong selepas mempunyai kekasih baru malah dalam masa yang turut dikatakan menjauhi diri daripada rakan-rakan yang lain.
Bercakap melalui rancangan Melodi hari ini, Intan menafikan perkara tersebut dan mempunyai alasan tersendiri untuk menepis dakwaan yang mendatang.
“Dari dulu sampai sekarang, saya masih orang yang sama. Mungkin perkara ini timbul pada pihak kawan-kawan dia (Kamal Adli). Bila saya sudah tidak berkawan dengan dia lagi maka saya pun tak jumpa kawan-kawan dia dah”
“Saya juga tidak berapa sihat dan banyak luang masa di rumah. Badan saya perlukan rehat ketika ini. Malam pun saya tidak keluar rumah. Kalau ada masa, saya hanya akan keluar dengan BFF (best friend forever) saya sahaja,” jelas pelakon ini sambil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa dengan perlakuannya ketika ini.