Emma Maembong Nafi Gosip Nikah Kamal Adli Tahun Ini



Tidak berhenti-henti dikejar kontroversi ketika ini, Emma Maembong sendiri mengakui bahawa dia sendiri sudah tidak terlayan spekulasi yang mendatang. Malah pelakon ini juga merayu agar tidak wujud lagi kontroversi melibatkan dia dan juga Kamal Adli.

“Saya sudah tak larat asyik ada saja gosip. Kasihan pada ayah saya. Harap semua fahamlah. Saya sudah malas dan tak nak komen apa-apa lagi sekarang. Perkara (bertemu dengan keluarga Kamal) memang tak berlakulah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, Emma juga menyangkal dakwaan daripada sumber tertentu yang mendakwa dia dan juga Kamal akan melangsungkan pernikahan pada tahun ini. Emma yang terkejut dengan perkara berkenaan turut menyifatkan khabar angin tersebut sebagai mengarut.

“Saya sangat tak faham kenapa ramai sangat yang pandai-pandai dan suka buat cerita. Tak tahu mana mereka dengar dan apa sebab buat cerita begitu,” katanya lagi.

Buat Emma, inilah nilai yang anda terpaksa bayar apabila bergelar selebriti ditambah pula ketika ini Emma sudah kembali solo, perkara sebegini pasti akan mengekori Emma. Jika salah cerita daripada sumber tersebut tidak mengapalah. Teringin juga tengok siapa gerangan pilihan hati Emma nanti.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »