Elizabeth Tan Tak Faham Mandarin Walaupun 100% "Anak Cina"



Penyanyi baru yang kian meningkat dalam industri muzik tanah air, Elizabeth Tan menyatakan hasratnya untuk berduet bersama penyanyi antarabangsa, Yuna.

Penyanyi ini yang mana bakatnya dicungkil menerusi laman perkongsian video di Youtube, turut melahirkan rasa minatnya dimana beliau turut mengidolakan Yuna yang dilihatnya sebagai contoh untuk berjaya sehingga mampu menempah nama di persada luar negara sampai ke negara Amerika Syarikat .
Selain itu, Elizabeth turut berminat untuk melakukan kolaborasi dengan Amir Jahari yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).
“Saya sangat teringin nak berduet dengan Yuna dan juga Amir Jahari, kerana kedua-duanya berbakat besar dan saya sentiasa kagum dengan bakat mereka,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk penjagaan wajah di Cyberjaya, pada Selasa.
Salah satu fakta menarik mengenai Elizabeth ialah walaupun berketurunan Cina tetapi dia turut mengakui langsung tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin.
“Saya tiada darah kacukan dan memang 100 peratus Cina, namun tidak memahami dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina. Ini kerana di rumah kami berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
“Untuk menerbitkan album bahasa Cina, mungkin saya perlu menghadiri kelas Mandarin terlebih dahulu untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya yang kini semakin popular dengan lagu Knock Knock.
Elizabeth merupakan artis di bawah naungan syarikat milik Faizal Tahir, Faithful Music bersama-sama penyanyi dari Brunei, Aziz Harun dan juga Hani Soraya yang popular dengan lagu Rasa Sayang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »