KUALA LUMPUR, 11 MAC 2015: Pelakon Elfira Loy telah pun meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 9 MAC lalu dan pada saat itu dia telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab sepenuhnya.
Menariknya, dalam majlis ulang tahun kelahirannya itu, aktor Indonesia, Baim Wong dilihat sanggup terbang jauh dari Jakarta semata-mata untuk meraikan sama hari ulang tahun kelahirannya itu.
Lalu, ia mencetuskan sekali lagi tanda-tanya apaka sebenarnya status Elfira Loy dengan Baim Wong? Adakah mereka benar-benar bercinta atau sebaliknya?
"Sebetulnya saya tidak suka bercinta dengan orang itu atau orang ini. Saya tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki atau bersilih ganti bertukarlelaki di dalam hidup saya.
"Kalau boleh saya hanya mahu mencintai seorang lelaki dan mengahwininya," katanya Elfira ketika diwawancara Hlive.
Jadi, adakah Baim Wong lelaki yang dicintainya itu bakal jadi calon suaminya.
"Siapa-siapa pun boleh jadi calon suami saya kalau mereka mahu mengahwini saya. Tetapi saat ini, hanya Baim saja yang mahu melangkah ke fasa yang seterusnya," katanya lagi.
Sumber : Murai