Dikatakan Mempunyai Barah Otak: Bella Dally Tetap Berada Di Samping Nazim Othman



Semalam kami rasa ramai yang terkejut apabila menerima berita tergempar bahawa Nazim Othman berkemungkinan sedang bertarung untuk melawan barah otak. Meskipun tiada lagi penjelasan daripada Nazim berkenaan hal tersebut, tetapi peminat sudah boleh menjangkakan ia berdasarkan foto imbasan magnetik (MRI) yang dimuat naik oleh beliau di akaun Instagram.
Namun, Nazim nampaknya tidak keseorangan dalam menghadapi ujian ini kerana kekasihnya Bella Dally masih tetap setia bersama dan memberikan kata-kata semangat untuk Nazim menentang penyakitnya itu.


Jika benar Nazim Othman sedang bergelut untuk menentang barah otak, ianya bukan senang untuk beliau menerima berita tersebut bukan? Tentu sekali beberapa perkara akan bermain dimindanya dan saat ini beliau memerlukan sokongan orang ramai terutama sekali insan tercinta untuk terus bersemangat.

Sumber : BeautifulNara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »