Surabaya: Dewan Pimpinan Parti Gerindra menamakan pemuzik terkenal, Ahmad Dhani sebagai calon datuk bandar dalam Pemilihan Ketua Daerah Surabaya yang akan berlangsung Disember ini.
Menurut Ketua Gerindra Surabaya, B F Sutadi, nama Ahmad Dhani dicadangkan sekumpulan anak muda tempatan dan pimpinan parti itu sangat menghargainya.
“Walaupun Ahmad Dhani seorang artis, dia tetap memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.
“Kami yakin dia mampu menjadi pemimpin seperti beberapa seniman lain, termasuk Rano Karno di Banten dan Dedy Mizwar di Jawa Barat,” katanya.
Menurut Sutadi, apabila tiba masa yang ditetapkan, nama Ahmad Dhani akan disenaraikan sebelum dipamerkan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklum balas.
Sementara itu, Ketua Harian KONI Jawa Timur, Dhimam Abror Djuraid juga disebut sebagai calon dalam pemilihan berkenaan.
Sementara itu, Parti Kebangkitan Bangsa juga enggan mengalah apabila mencadangkan bintang filem dan model, Arzetti Bilbina sebagai calon mereka. - Agensi
Sumber : MyMetro