Desas-desus mengenai perhubungan Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli bukanlah satu berita yang baru. Malah, Abby juga sebelum ni seakan-akan memberi petunjuk beliau bakal berkahwin apabila memuat naik beberapa foto gubahan hantaran.
Terbaru, Abby dan Ustaz Khairul dilaporkan sudah sah bergelar suami dan isteri apabila lelaki tersebut memuat naik gambar menghulurkan senaskah Al- Quran kepada seorang wanita mirip Abby dengan bait penuh rasa cinta kepada seseorang.
Perkara tersebut nampaknya benar apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.
Alhamdulillah mereka sekarang pasangan suami isteri.. semoga kebahagiaan milik mereka.
Jika berita ini benar, maka ini adalah perkahwinan kali ke tiga buat Abby. Terdahulu, bekas penyanyi kumpulan Elite ini pernah mendirikan rumah tanggan bersama aktor Norman Hakim dan di kurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai. Kemudian, Abby telah bernikah dengan jejaka lebih muda daripada beliau iaitu Noor Farhan di Thailand dan bercerai juga tidak sampai setahun kerana berlakunya salah faham diantara mereka.
Kalau benar Abby Abadi sudah bernikah kami ucapkan tahniah. Semoga pernikahan kali ini kekal sehingga akhir hayat. Harapnya Abby dan Ustaz Khairul dapat bersabar dan bertolak ansur jika timbulnya masalah. Kesian kepada anak-anak Abby yang sering melihat ibunya derita kerana lelaki sebelum ini bukan?
Sumber : BeautifulNara