Alhamdulillah, pasangan selebriti yang sama cantik sama padan ini telahpun selamat menjadi suami isteri yang sah.
Fadzil Zahari dan Yana Samsudin diijabkabulkan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars di kediaman keluarga pengantin perempuan di Yong Peng, Johor dengan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM50,000.
Majlis pernikahan itu menyaksikan Yana menerima lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran kepada Fadzil.
Tahniah buat pasangan mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan.
Sumber : OhBulan