Sharnaaz Ahmad: Saya Tak Pernah Mengaku Sedang Bercinta Dengan Anis



Sama ada Sharnaaz Ahmad bermain teka-teki atau apa saja pun tindakannya terhadap kisah cintanya, ternyata jawapannya kepada pihak Melodi baru-baru ini, menyatakan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama pelakon Anis Al-Idrus.

Menurut Sharnaaz di dalam Melodi, dia tidak boleh mengaku putus cinta kerana dia mendakwa tidak pernah mengaku dia bercinta.

“Saya tak pernah pun mengaku pada semua yang saya bercinta. Jadi mengapa saya nak mengaku pula yang saya dah putus? 2015, saya nak fokus kepada kesihatan saya dan karier saya”

Saya seperti lelaki di luar sana yang ada naluri untuk ada isteri dan ada anak. Bila saya tua ada orang yang jaga saya. Sampai masanya Insya-Allah,” jelasnya lagi.

Jika dirujuk secara mendalam tentang apa yang diperkatakan oleh Sharnaaz, mungkin juga dia mengambil pendekatan untuk tidak mengumumkan percintaan dengan Anis. Bagaimanapun, tiada penafian telah dibuat sebelum ini biarpun kisah percintaannya dengan Anis mendapat liputan meluas.

Apa-apa pun, buat Sharnaaz, teruskan kerjaya dan kegemilangan anda. Kami lihat, tahun 2014 merupakan tahun cemerlang buat Sharnaaz yang muncul dengan beberapa drama dan juga filem. (rtky/syfq)

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »