Sara Ali Tak Kisah Teman Lelaki Lebih Muda, Utamakan Keserasian



Tidak mahu berselindung dan suka berterus terang, Sara Ali mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan muda bernama John Shaqeel berusia 22 tahun.

Menurut pelakon ini, biarpun jarak usia Sara tiga tahun lebih tua daripada lelaki tersebut, ia bukan sesuatu ukuran untuk mereka bercinta.

“Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain”

“Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama,” jelasnya kepada mStar Online.




Bagaimanapun, Sara berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk mengikat tali pertunangan atau mendirikan rumah tangga dalam tahun 2015 ini.

“Buat masa ini belum lagi ada perancangan ke arah itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya. (rtky/syfq)

Sumber : http://www.rotikaya.com/kekasih-lebih-muda-sara-ali-anggap-umur-bukan-penghalang/

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »