KEGILAAN seorang lelaki terhadap kostum adiwira Green Lantern menyaksikan dirinyadipakaikan kostum berkenaan hinggalah selepas dia mati.
Perkara ini diputuskan oleh keluarga lelaki berkenaan yang mahu mayat Renato Garcia, 55 tahun diawet dan dipakaikan kostum adiwira itu.
Kejadian yang berlaku di San Juan, Puerto Rico ini mendapat perhatian ramai yang mahu melihat mayat lelaki berkenaan.
Mayat yang diletakkan dalam keadaan berdiri di sudut kediaman adiknya ini dikatakan seolah-olah menyambut kedatangan tetamu pada majlis pengebumiannya.
Semasa hayatnya, Garcia amat popular di bandar tempatnya menetap kerana sering bersiar-siar memakai kostum adiwira tersebut.
Menurut keluarganya, kostum itu ditemui dalam sebuah kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.
Sejak itu ia sentiasa dipakai Garcia hinggalah dia meninggal dunia akibat penyakit lelah yang sudah lama dihidapinya.
Sumber : http://mynewshub.cc/2015/02/23/mayat-lelaki-dikebumikan-dengan-kostum-adiwira-green-lantern/