Johan Bolot Kemenangan Di Anugerah MeleTOP Era 2015



Hebat. Walaupun tidak muncul di Maharaja Lawak Mega, drama atau mana-mana filem tahun lalu, Johan tetap muncul sebagai pemenang anugerah terbanyak di Anugerah MeleTOP Era 2015. 3 kategori menjadi milik Johan semalam iaitu Penyampai Radio MeleTOP, Pelawak MeleTOP serta anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki). Tahniah Johan.
anugerah meletop
Jujur dikatakan, Anugerah MeleTOP Era 2015 semalam banyak diselamatkan oleh lawak-lawak Johan. Antara yang paling kelakar ialah gelagat Johan, Awie dan Erra. Pecah perut beb. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Di bawah ialah senarai pemenang Anugerah MeleTOP Era 2015:-
1. Top Top MeleTOP Lelaki – Johan
2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat
3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Nur Fazura
4. Artis Baharu MeleTOP – Ayda Jebat
5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza
6. Anugerah Couple MeleTOP – Scha Al Yahya & Awal Ashaari
7. Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
8. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestrit
9. Penyanyi MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza
10. Lagu MeleTOP – Mewangi (Akim & The Majestrit)
11. Program TV MeleTOP – Maharaja Lawak 2014
12. Drama TV MeleTOP – Bukan Kerana Aku Tak Cinta
13. Host TV MeleTOP – Datuk AC Mizal
14. Artis Lawak MeleTOP – Johan
15. Pelakon TV MeleTOP – Zul Ariffin
16. Bintang Filem MeleTOP – Nelydia Senrose
17. Filem MeleTOP – Abang Long Fadil
18. Penyampai Radio MeleTOP – Johan



Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat buat semua untuk terus meningkatkan prestasi dalam industri yang diceburi. Tahniah sekali lagi.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »