Sejak beberapa minggu lalu, pemergian pasangan ini ke luar negara menjadi perhatian ramai bermula dengan gambar mereka bersama memilih cincin kahwin di Dubai, sesi penggambran pra perkahwinan di Paris, sehinggalah ke aktiviti mencari kain di Jakarta, Indonesia.
Menerusi temubual terbaru bersama Kosmo! hari ini, Hanis Zalikha sendiri mengakui yang mereka bersama keluarga terbang ke beberapa lokasi di luar negara untuk mencari barang persiapan perkahwinan yang dirancang pada pertengahan tahun ini.
“Sebenarnya memang saya telah merancang sebelum berkahwin, saya ingin membawa keluarga pergi bercuti. Kebetulan sudah berada di sana, lebih baik terus beli barang perkahwinan. Ibu bapa saya pula meminta saya membawa Hairul sekali”
“Ada juga beberapa barang penting yang harus mendapat persetujuan daripadanya seperti cincin. Saya telah ke London dan Paris selama 10 hari. Selepas itu, saya terus ke Jakarta bersama ibu Hairul membeli kain untuk baju perkahwinan,” jelasnya.
Hanis Zalikha turut berkata yang harga barang kemas yang lebih murah di luar negara mendorong beliau untuk membelinya di sana selain lebih berkualiti.
Pelakon dan pengacara ini juga mengakui yang kedua dua belah pihak keluarga sudah bertemu dan berbincang soal perkahwinan namun masih belum mempunyai kata putus tentang tarikh majlis berlangsung atau sama ada mereka bakal bertunang atau tidak
Sumber : Rotikaya