Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan




Pelakon dan juga isteri kepada aktor Fizz Fairuz, Almy Nadia telah selamat melahirkan puteri sulung mereka semalam.

Bayi perempuan seberat 3.25 kilogram tersebut dilahirkan kira-kira pukul 6.49petang pada Ahad.di Hospital Columbia.

Fizz Fairuz berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya dengan memaklumkan mengenai keadaan isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik.

Foto tersebut mempamerkan sedikit info mengenai anaknya dengan kapsyen yang berbunyi:

“Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami,terima kasih atas semua yg mendoakan...” tulisnya.


Berita gembira itu dikongsi oleh Fizz melalui akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Fizz juga berterima kasih kepada rakan-rakan dan juga peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya.

Peminat juga tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya.

Terdahulu, Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah bernikah pada 26 April tahun lalu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »