Mek pun tak faham apa yang syoknya MLM ni sampai ramai orang berlumba-luma nak join. Kaya tak juga!
Kalau korang nak tahu, ramai juga selebriti Malaysia yang pernah terpalit dengan kontroversi MLM ni. Hmm, yang paling baru adalah kes Azad Jazmin dengan Rania Marketing tu.
Azad Jazmin Rugi Sertai Rania Marketing
Rasanya, kes Azad Jasmin ni tak perlulah Mek kupas panjang-panjang. Sebabnya, Azad kata lain, Rania Marketing kata lain.
Penyudahnya, tak ada kesudahan sebab masing-masing dok salahkan satu sama lain. Acano?
Umie Aida Tolak Jadi Duta YSLM
Menurut laporan mStar Online, YSLM ni sebenarnya syarikat jualan langsung dengan misi utama menjadikan individu terkaya di dunia dalam tempoh lima tahun.
Tapi, ada juga yang kata ini MLM dan scam. Kami pun tak pasti. Apa yang kami tahu, Umie Aida sendiri pernah menolak wang tunai bernilai RM80,000 untuk menjadi duta YSLM.
Adi Putra Lesap RM19,000
Selebriti terkenal kelahiran Singapura, Ady Putra pernah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan di internet tau.
Akibat dari itu, Adi kehilangan wang tunai berjumlah RM19,000. Fuh! Kalau bagi Mek, shopping sakan Mek satu dunia. Hehe.
AC Mizal Dengan Business Gelangnya
Ingat lagi business gelang magnet AC Mizal yang pernah popular satu ketika dulu? Macam-macam kontroversi yang terjadi berkaitan ‘gelang’ ini tau!
Namun, menerusi akhbar Harian Metro bertarikh 14 November 2010, AC memberitahu dia tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM).
Bagaimanapun, melalui laporan Utusan Online bertarikh 12 Julai 2011, ramai juga selebriti lain yang mendakwa mereka menjadi ‘mangsa’. Antaranya, Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.
ND Lala Buka Skim e-dagang
Haa, yang ini kami masih keliru sama ada ia masih wujud atau tidak. Dengar cerita, satu ketika dulu ND Lala pernah buat business e-dagang.
Orang kata e-dagang ND Lala ni ada kaitan dengan uptrend dan ada juga yang mendakwa mereka ditipu, tapi apa yang pasti tak ada pula pendedahan tentang ini di akhbar-akhbar tempatan. Tapi, sama ada perniagaan ini masih wujud ataupun tidak, kenalah tanya ND Lala sendiri ya?
Amy Search Lebur RM1 Juta
Siapa tahu lagend rock pun pernah kehilangan wang RM1 Juta dek kerana skim pelaburan. Kalau nak tahu, melalui laporan Kosmo!, skim pelaburan yang menipu Amy ini berselindung dibawah satu jenama rokok. Sudahnya, wang yang dilabur lesap begitu sahaja. Wanita yang menipu tersebut turut menghilangkan diri.
Amy juga pernah mendakwa bahawa dia juga ditipu penganjur skim pelaburan yang didakwanya didalangi beberapa tokoh korporat serta membabitkan wang RM450,000
Namun, Amy menegaskan dia bukanlah individu yang mengasaskan skim pelaburan berkenaan.
Konklusinya, nak cepat kaya berniagalah. Walaupun lambat, tapi InsyaAllah keuntungan kekal. Tak gitu?
Sumber : OhBulan